![]() |
Pasaran MediaTek pada ketika ini hanya terhad kepada pasaran China sahaja. Oleh kerana itu, MediaTek ingin meluaskan pasaran mereka ke luar China. MediaTek Dimensity 1000 adalah cip pemproses yang pertama dalam keluarga MediaTek, yang menggunakan teras ARM Cortex-A77 terbaru, GPU Mali-G77, dan modem 5G.
![]() |
MediaTek tidak mendedahkan banyak info berkaitan, namun mereka menyatakan bahawa cip pemproses mereka akan berada di luar pasaran China bermula suku ketiga tahun 2020. Masih menjadi tanda tanya tentang pengeluar mana yang bakal menjadi yang pertama menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity di pasaran Global.