![]() |
Microsoft hari ini melancarkan Microsoft Surface Duo mereka. Sebelum ini, Microsoft telah mendedahkan rekaan awal mengenai Microsoft Surface Duo. Surface Duo adalah peranti yang boleh lipat sepenuhnya dan menjalankan sistem operasi Android.
Surface Duo menggunakan dua skrin 5.6 inci AMOLED yang berasingan dengan nisbah 4:3 yang boleh digabungkan menjadi 8.1 inci dengan nisbah 3:2. Tidak seperti Galaxy Fold,Surface Duo menggunakan pelindung skrin jenis Gorilla Glass sebenar.
![]() |
![]() |
Microsft menggunakan dua bateri pada Surface Duo yang di bahagikan kepada dua pada bawah skrin. Kapasiti penuh bateri Surface Duo adalah 3577mAh dengan pengecasan 18W. Walaupun dengan kapasiti bateri yang kecil Microsoft mendakwa yang Surface Duo mampu bertahan sepanjang hari. Dengan kemampuan 15 jam video playback, 10 hari dalam mod standby dan 27 jam waktu berbual.
![]() |
(sumber)