![]() |
Melalui akaun Twitter @the_tech_guy, merujuk kepada kod sumber yang telah dikongsikan, ia menunjukkan OnePlus akan menggunakan cip pemproses yang berbeza. Dengan kod model SM450 merujuk kepada cip pemproses Snapdragon 460.
Dalam kod sumber tersebut tertera juga cip pemproses lain iaitu Snapdragon 865, Snapdragon 855, dan Snapdragon 765G dan kesemuanya telah pun dilancarkan oleh OnePlus.
Dan untuk speksifikasi lain, peranti ini akan dilengkapi dengan 4GB RAM dan menggunakan pengecasan pantas 18W. Walaupun masih belum dipastikan sepenuhnya, peranti ini mungkin bakal dijual pada tanda harga sekitar $ 213 (RM889) hingga $ 240 (RM1,002).
(sumber)