Close

OPPO melakukan demonstrasi pengecasan pantas 125W – Dari 0% ke 41% dalam masa 5 minit!

Oppo telah melakukan demonstrasi secara langsung menggunakan pengecasan pantas mereka iaitu Flash Charge 125W. Fon dengan 4000mAh bateri telah digunakan dalam demonstrasi tersebut. Yang mana 0%-41% hanya dalam 5 minit sahaja.

Untuk pengecasan penuh ia mengambil masa selama 20 minit. Ia adalah lebih laju dari 65W SuperVOOC yang memerlukan 30 minit untuk pengecasan penuh dengan menggunakan kapasiti bateri yang sama.

Walaupun Flash Charge menggunakan kuasa dua kali ganda , namun ia masih tidak bekerja dengan dua kali ganda kepantasan semasa mengecas. Ini kerana, kecepatan pengecasan akan menjadi perlahan ketika mengisi untuk mengelakkan suhu yang melampau disamping menjaga kesihatan bateri.

Bercakap mengenai perlindungan, Oppo telah meningkatkan sensor suhu dari 4 kepada 10 untuk memastikan bahawa suhu bateri tidak melebihi 40° C.  Menggunakan enkripsi 128-bit untuk mengelak dari serangan pengodam.

Oppo mengatakan teknologi Flash Charge 125W sudah memasuki fasa pengeluaran dan kami menjangkakan yang tidak lama lagi akan ada peranti akan menggunakan teknologi ini.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN