Close

Peluang menang hadiah bernilai sehingga RM100,000 pada acara ‘realme 828 Fans Festival’

Jika bercakap tentang rekaan sesebuah telefon pintar, saban tahun kita dapat lihat revolusi rekaan yang diperkenalkan oleh realme mempunyai keunikan dan identiti tersendiri yang menjadi daya tarikan kepada pengguna.

Oleh itu, realme Malaysia akan mengadakan acara khas realme 828 Fans Festival yang akan membawakan pereka terkenal dan selebriti fesyen untuk membantu dalam binaan gajet yang lebih bergaya, ekosistem AIoT lebih bijak untuk orang muda yang akan diintegrasi dengan rangkaian 5G terbaharu. Pelabagai acara dan persembahan menarik menanti anda!

Pengunjung yang datang pada acara khas ini akan menikmati pelbagai jenis aktiviti. Menariknya lagi, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000. Untuk anda yang berminat, acara ini akan diadakan pada tarikh :

  • 28 – 29 Ogos (11.30AM ~ 10.00PM)
  • 30 Ogos (11.30AM ~ 12AM)
  • Bertempat di : realme Design Studio (Lot: 58370, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur)
Antara artis yang akan memeriahkan dan mengadakan persembahan adalah Sekumpulan Orang Gila (SOG), IamNEETA, Sufian Suhaimi, Floor88, TujuLoca, Insomniacks, Zyn & Yonnyboi, Sophia Liana dan Bunga. 
Selain itu, terdapat juga jenama terkenal yang turut berkolaborasi bagi memeriahkan acara ini antaranya seperti Laneige, Nene Chicken, BaWangChaJi, Sunway Lagoon, Eggette Lab, Nerdunit, Lazada, Shopee dan Kydd (Replayink).
Bagi anda yang berminat untuk turut serta dalam acara dan berpeluang menang hadiah bernilai RM100,000 boleh daftar melalui pautan ini dan ikuti  Facebook Event realme. Jom ramai-ramai!

ARTIKEL BERKAITAN