Close

Perkhidmatan Google Play Music bakal dihentikan

Masihkah anda ingat dengan Google Play Music, ia adalah pelayan muzik yang terbina pada peranti Android. Namun, Google mengumumkan yang mereka akan menghentikan perkhidmatan Google Play Music secara keseluruhan pada Disember 2020.

Google Play Music dihentikan kerana ia tidak lagi popular dan hadirnya pelayan muzik stream seperti Apple Music, Spotify, Tidal dan bermacam lagi. Google Play Music akan ditutup secara berpertingkat bermula pada bulan september.

Google telah menambah fungsi migrasi pada Google Play Music untuk memudahkan proses pemindahan lagu, album dan juga senarai pemain. Youtube Music akan mengantikan Google Play Music dan untuk menyakinkan pengguna pada Youtube Music, Google telah menambah beberapa ciri baru pada Youtube Music.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN