Close

Permainan Fortnite di iPhone dijual pada harga RM41,725

 


Sekiranya anda mengikuti isu pergaduhan di antara Apple dan Epic Games beberapa minggu lepas. Anda akan tahu yang permainan Battle Royale yang popular iaitu Fortnite sudah tidak boleh dimua turun dari App store.

Namun, bagi pengguna yang telah memasang permainan tersebut sebelum ini mereka masih boleh mengakses permainan tersebut. Dengan ketiadaan Fortnite, beberapa pengguna mengambil kesempatan menjual iPhone dengan Fortnite tersedia di Ebay.

Anda boleh  membuat carian di Ebay dengan kata kunci “iPhone Fortnite installed” atau “iPhones with Fortnite” dan melihat sendiri harga yang tidak masuk akal diletakkan. Bahkan iPhone 6S dengan permainan Fortnite tersedia dijual pada tanda harga $10,000 (RM41,725).

Apple dan Epic Games sedang mencari jalan penyelesaian tentang perkara ini. Dan sekiranya ia dapat diselesaikan, Fortnite boleh dimuat turun dari App store seperti sebelum ini.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN