Selepas beberapa bulan tirisnya kisah berkenaan
Pixel 4a. Hari ini, sah Pixel 4a
dilancarkan. Mungkin ini adalah peranti yang paling
"simple" yang pernah dikeluarkan oleh Google.
Pixel 4a hadir dengan saiz skrin 5.81 inci OLED, cip pemproses Snapdragon 730G, 6GB Ram, 128GB storan UFS 2.1, satu kamera belakang 12MP, satu kamera hadapan jenis Punch hole 8MP. Kapasiti bateri 3140mAh menyokong pengecasan pantas 18W.
Pixel 4a masih menggunakan pengesan
cap jari tradisional dibelakang. Dan ia menyokong
pembesar suara jenis
stereo. Model
Pixel 4a adalah model kelas pertengahan
menggantikan Pixel 3a. Ia sepatutnya dilancarkan pada bulan
Mei namun kerana Pandemik COVID 19 ia di tangguhkan.
Google hanya
menawarkan
Pixel 4a dalam
satu variasi sahaja iaitu 6GB/128GB. Dan model ini hanya hadir dengan
satu warna sahaja iaitu Just Black dengan butang kuasa berwarna
Mint. Pixel 4a boleh di
pra tempah bermula hari ini di
Amazon, Google Fi, Google Store, dan
Best Buy dengan tanda harga
RM1,471 ($349). Tarikh penerimaan adalah pada
20 Ogos. Setiap pembelian Pixel 4a hadir dengan
3 bulan Premium Youtube, Google Play Pass dan juga
Google One (100GB/Bulan).
Berikut adalah senarai negara bagi
pelancaran Global Pixel 4a.
Australia (September 10), Canada (September 10), France (September 10), Germany, India (October), Ireland, Italy, Japan (August 20), Singapore, Spain, Taiwan, United Kingdom, and United States.
(sumber)