Hari ini,
POCO Malaysia mengumum
penurunan harga bagi POCO F2 Pro variasi
8GB/256GB. Penurunan harga sebanyak
RM300 itu menjadikan harga baru bagi POCO F2 Pro adalah
RM2,299. Sebelum ini harga jualan bagi variasi 8GB/256GB adalah
RM2,599. POCO F2 Pro yang dilancarkan pada
10 June menawarkan spesifikasi
premium. Hadir dengan skrin
6.67 inci AMOLED FHD+, cip pemproses Snapdragon
865, bateri berkapasiti
4700mAh dan sokongan pengecasan pantas
30W.Menggunakan
kamera hadapan jenis menaik
20MP dan empat kamera belakang
64MP+5MP+5MP+2MP. Fungsi lain bagi POCO F2 Pro menyokong kandungan
HDR10+, pengimbas cap jari dibawah skrin dan juga
LiquidCool Technology 2.0.Penawaran harga RM2,299 adalah bermula hari ini. Jika anda berminat klik
#baikbelipoco.