Close

PUBG Mobile dengan resolusi 90fps kini tersedia buat fon OnePlus

Permainan Battle Royale popular iaitu PUBG Mobile kini menyokong 90fps pada  model OnePlus.
Ia pasti satu khabar berita gembira buat pengguna OnePlus untuk merasai PUBG dengan 90fps. Sebelum ini,permainan Battle Royale Fortnite juga menyokong 90fps pada siri OnePlus 8.

Namun, hanya sesetengah model OnePlus sahaja menyokong PUBG Mobile 90fps. Antaranya ialah OnePlus 7 Pro, Oneplus 7 , OnePlus 7T Pro , dan siri OnePlus 8. Secara teorinya, Peranti OnePlus yang menyokong paparan 90Hz akan boleh bermain PUBG 90fps. Tetapi, OnePlus Nord tidak termasuk dalam senarai walaupun menggunakan paparan 90Hz.

PUBG Mobile 90fps sudah boleh diakses bermula hari ini pada peranti OnePlus yang terpilih. Makan ayam (Chicken dinner) kini lebih mudah dengan 90fps.

ARTIKEL BERKAITAN