Close

realme C11 – Fon kelas permulaan tapi lebih premium dan bergaya

Kita sentiasa melihat saban hari fon semakin berevolusi. Saya masih ingat suatu masa dahulu, fon hadir dengan kapasiti RAM dan storan yang kecil. Sampai perlu membuang aplikasi lain untuk memasang aplikasi lain.

 

Namun, dengan realme C11 masalah itu dapat diselesaikan. Dengan penawaran RAM dan juga storan yang besar ia membolehkan data disimpan dengan banyak dan tidak perlu lagi membuang aplikasi untuk memasang aplikasi lain.


Apa yang boleh dilakukan dengan storan 32GB. Anda boleh menyimpan pelbagai apliaksi dan juga kandungan multimedia. Dan dengan 3GB RAM ia sudah mencukupi untuk bermain permainan kasual dan juga menjalankan aplikasi media sosial.

 

Tidak dengan hanya RAM dan storan yang besar. realme C11 juga turut menawarkan rekaan dan sentuhan premium untuk sebuah model kelas permulaan. Ia sememangnya memberi sentuhan yang terbaik buat pengguna.


Dari segi rekaan, realme C11 menggunakan rekaan seni Geometric. Tekstur penutup belakang realme C11 diproses menggunakan mesin ukir radium lima paksi yang membuatkan rekaan peranti kelas permulaan ini Nampak lebih mengiurkan.


Menariknya, untuk mendapatkan kesan cahaya rekfleks khas pada bahagian belakang, ukiran lengkung 450+ pada penutup belakang tersebut mengambil masa 300 minit untuk digilap.


Dengan penggunaan teknologi ini, ia dapat mengurangkan kesan cap jari, memberikan keselesaan bila dipegang, dan juga mencegah dari kesan calar yang biasanya dihadapi oleh peranti lain.

Terdapat dua pilihan warna unik untuk realme C11. Dengan bermotifkan lada dan juga pudina maka terhasillah Mint Green dan juga Pepper Grey. Warna ini diinspirasikan dari dua rempah utama yang digunakan dalam masakan untuk memberikan rasa unik.

 

Harga jualan bagi realme C11 adalah RM479. Jika anda masih tercari peranti kelas pemulaan dengan rekaan yang mewah mungkin inilah jawapannya. Ketahui lebih lanjut di Facebook realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN