Close

realme C12 – Fon kelas permulaan dengan pengimbas cap jari yang ultra pantas!

realme sentiasa hadir dengan idea-idea yang segar dan terkini. realme C12 salah satu peranti yang telah diadun dengan idea yang baru dan juga rekaan terkini. Tidak hairanlah jika model realme sentiasa menjadi perhatian sebaik ia dilancarkan. 

realme C12 adalah peranti kelas permulaan yang menawarkan beberapa keistimewaan, antaranya adalah kapasiti bateri yang besar, tiga tetapan kamera, dan juga rekaannya. realme C12 dilengkapi dengan cip pemproses MediaTek Helio G35 yang merupakan cip terbaik bagi kelas permulaaan.
Paparan realme C12 menggunakan saiz skrin 6.5 inci dengan nisbah 20:9 yang memberikan pandangan skrin yang lebih luas serta pengalaman yang terbaik dari segi permainan, audio dan juga video. Dengan skrin yang super luas, gangguan visual juga dapat dikurangkan sekaligus memberikan pengalaman skrin penuh yang jarang ada pada peranti lain.

Reka bentuk jenis mini drop digunakan pada skrin realme C12, rekaan ini ia memberi sehingga 88.7% nisbah skrin membolehkan pandangan visual lebih luas. Dan memberikan keselesaan sewaktu menggunakan realme C12.

realme C12 mengunakan corak baru untuk bahagian belakang fon.

Kemasan gradient dan bertekstur memberikan keselesaan bila dipegang dan ia tidak meninggalkan kesan cap jari.

Untuk ciri keselamatan, realme C12 hadir dengan pengesan cap jari yang ultra pantas walaupun kedudukannya di bahagian panel belakang, hanya sekali letak sudah aktifkan skrin.

Dengan pengalaman pegang yang sedap, pengimbasan cap jari di belakang terasa premium walaupun kelas permulaan.

Selain itu, ia juga turut dilengkapipengecaman wajah yang dapat membuka fon dengan hanya satu klik atau sekali imbas sahaja. Dengan ciri keselamatan ini, ia dapat menjamin privasi anda dari individu lain.

realme C12 peranti permulaan yang boleh dikatakan serba lengkap. Sesuai untuk semua pengguna yang mahukan sesuatu yang baru. C12 bakal dilancarkan pada 25 Ogos ini melalui Facebook rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN