Close

realme C12 – Kemampuan tiga kamera yang terbaik di dalam kelasnya

/>

realme terus menghasilkan peranti permulaan dengan harga yang mesra poket dengan pelbagai pilihan. realme juga sentiasa memberikan nafas baru kepada peranti mereka seperti dari segi reka bentuk, kamera, kapasiti bateri dan lain-lain.

Selain dari kapasiti bateri yang telah ditambah baik dari realme C11, kamera realme C12 juga telah diberikan nafas baru. realme C12 hadir dengan tiga tetapan kamera. Dan ia merupakan siri “C” pertama yang menggunakan tetapan tiga kamera.

Kamera utama realme C12 menggunakan sensor 13MP luas dengan bukaan aperture f/2.2 yang mana ia mampu menangkap cahaya secukupnya sekaligus dapat memberikan gambar yang lebih jelas, terang dan terperinci.

Tidak cukup dengan itu, kamera realme C12 juga menyokong Phase -Detect Autofocus (PDAF) yang membantu kamera untuk fokus imej dengan lebih cepat dan tepat. Keupayaan 4x zum membolehkan gambar jauh diambil dengan lebih jelas.

Kamera realme C12 mempunyai fungsi lensa B&W dan retro. Fungsi ini memberikan dua kesan seni yang isitimewa pada mod potret yang mana ia boleh menghasilkan semula warna hitam dan putih. Selain itu, fungsi ini juga meningkatkan kontras antara cahaya dan gelap gambar.

Terdapat juga Simulasi Master Potret yang mana ia disesuaikan dengan gaya filem retro serta menambah tekstur pada gambar menjadikan gambar potret lebih menarik dan kemas.

Tak cukup dengan itu, kamera makro juga dimuatkan pada realme C12.

Kamera makro ini mampu fokus pada jarak 4CM. Dengan jarak fokus sebegitu, gambar makro yang dihasilkan akan lebih tajam dan terperinci.

Untuk kamera hadapan, realme C12 menggunakan 5MP dengan sokongan AI. Kamera hadapan ini mampu memberikan hasil warna yang cerah dan juga tajam. Mempunyai mod HDR, mod potret dan juga ciri Panoselfie.

Ciri Panoselfie membolehkan anda selfie dengan lebih luas dan memuatkan lebih ramai orang dalam satu masa.

Peranti permulaan bukanlah satu alasan untuk tidak mempunyai kamera yang baik dan realme C12 mempunyai kamera yang terbaik di dalam kelasnya yang tersendiri.

Nantikan pelancaran dan ketahui lebih lanjut tentang realme C12 di Facebook rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN