![]() |
Redmi K30 Ultra menggunakan cip pemproses Mediatek Dimensity 1000 5G. Cip ini menggunakan binaan 7nm dan digabungkan dengan GPU Mali-G77. Cip pemproses Mediatek ini mempunyai skor antutu yang tinggi dan menyokong dual mod 5G dan dual mod tersedia 5G.
![]() |
Di bahagian kamera, Redmi K30 Ultra menggunakan tetapan empat kamera belakang. Dengan kamera utama 64MP, 13MP kamera sudut lebar, 5MP kamera telemacro dan 2MP kamera potrait. Kamera hadapan jenis menaik bersaiz 20MP.
Untuk video, K30 Ultra menyokong fitur zum audio. Yang mana ia mempunyai tiga mikrofon bagi membolehkan ia menangkap audio dengan jelas dan baik walaupun pada jarak yang jauh.
Menggunakan pengecasan pantas 33W untuk mengisi bateri sebesar 4,500mAh. Untuk pengecasan penuh hanya satu jam diperlukan.Fitur lain pada Redmi K30 Ultra adalah sokongan IR Blaster dan NFC.
![]() |
6GB+128GB = RM1,209 (RMB 1,999) (~ $ 287)
8GB+128GB = RM1,327 (RMB 2,199 (~$316)
8GB+256GB = RM1,507 (RMB 2.499 (~ $ 359)
8GB=512GB = RM1,629 (RMB 2,699 (~ $ 388)
Redmi K30 Ultra akan mula dijual pada 14 Ogos disemua stor rasmi Xiaomi di China.