Close

Samsung Galaxy Note20 dan Note20 Ultra kini rasmi dengan harga bermula RM3,899

Dalam acara Galaxy Unpacked malam tadi, Samsung telah memperkenalan beberapa peranti baru mereka. Dan yang paling mencuri tumpuan pada acara itu ialah Galaxy Note20 dan Note20 Ultra.

Samsung Galaxy Note20 hadir dengan dua versi, iaitu versi 5G dan LTE. Bagi Note20 Ultra ia mempunyai satu versi sahaja dan menawarkan speksifikasi paling tinggi dalam semua aspek.

Galaxy Note20 dan Note20 Ultra dimuatkan dengan cip pemproses Exynos 990 bagi pasaran Malaysia. Manakala untuk pasaran lain, ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 865+. Untuk pilihan RAM dan juga storan, Note20 Ultra hadir dengan RAM sebesar 12GB dan Note20 8GB RAM. Kedua-dua model ini juga turut menawarkan storan sebesar 256GB dan menyokong kad Mikro SD sehingga 1TB.
Galaxy Note20 Ultra hadir dengan skrin 6.9 inci Quad HD+ Dynamic Amoled 2x bersama dengan paparan 120Hz. Bagi Galaxy Note20 ia hadir dengan skrin bersaiz 6.7in flat FHD+ Super Amoled Plus, dan hanya paparan 60Hz sahaja.Kedua-dua model ini menggunakan potongan kamera jenis infinity-O.
Siri Galaxy Note20 hadir dengan menggunakan tiga kamera namun mempunyai tetapan yang berbeza. Untuk Galaxy Note20 Ultra menggunakan kamera utama 108MP, 12MP kamera sudut lebar dan 12MP kamera telefoto dengan 5x Zoom Optik. Fungsi Space Zoom membolehkan 50x Super Resolution Zoom dijalankan. Galaxy Note20 pula menggunakan kamera utama 12MP, 12MP kamera sudut lebar dan 64MP telefoto dengan 3x hybrid zoom dan 30x dengan fungsi Space Zoom.

Rekaan siri Galaxy Note20 masih lagi mengekalkan identiti mereka dengan rekaan yang sedikit “boxy”. Untuk Note20 Ultra ia hadir dengan binaan aluminium dan glass dibahagian belakang. Namun untuk Note20 menggunakan plastik dibahagian belakang.

Kapasiti bateri bagi Galaxy Note20 Ultra adalah 4500mAh dan Note20 adalah 4300mAh. Untuk pengecasan siri Galaxy Note20 menyokong pengecasan pantas 25W dan 15W bagi pengecasan tanpa wayar. Untuk pengecasan 30 minit ia mampu mendapatkan 50% bateri. Seperti siri Galaxy Note sebelum ini, ia juga menyokong fungsi Reverse Wireless.
S-Pen juga turut menerima penambahbaikan dengan bateri dalam mod sedia mampu bertahan sehingga 24 jam. Dan yang paling menarik adalah latency S Pen yang telah ditambakbaik dari 42ms kepada 9ms dan ia memberikan pengalaman seperti melukis di atas kertas. Selain itu penambahan fungsi S Pen iaitu Remote Trigger dengan sokongan Gesture.

Untuk pilihan warna Galaxy Note20 Ultra mempunyai tiga pilihan warna iaitu Mystic Copper, Mystic White dan Mystic Black. Bagi Galaxy Note20 5G pilihan warna yang ditawarkan adalah Mystic Bronze, Mystic Green dan Mystic Grey, Dan warna bagi Galaxy Note20 LTE ialah Mystic Bronze and Mystic Grey.


Pra tempah
untuk siri Galaxy Note20 sudah bermula hari ini sehingga 20 Ogos. Dan tanda harga adalah seperti berikut -:

Galaxy Note20 Ultra : RM5,199
Galaxy Note20 5G : RM4,299

Galaxy Note20 LTE : RM3,899

ARTIKEL BERKAITAN