Close

Samsung Galaxy Watch3 dibuka untuk pra-tempahan dengan harga bermula RM1,699

Samsung baru sahaja mengumumkan jam tangan pintar terbaharu mereka iaitu Samsung Galaxy Watch3 yang hadir dengan 2 pilihan saiz iaitu 41mm dan 45mm dengan panel skrin jenis Super AMOLED resolusi 360 x 360 bersama ketahanan jenis Corning Gorilla Glass DX dan IP68.
Pada bahagian dalaman, Watch3 dijana dengan cip pemproses Exynos 9110 dengan memori 1GB RAM dan 8GB storan yang juga turut terdapat versi LTE dan eSIM. Watch3 juga dibekalkan dengan bateri 247mAh untuk 41mm dan 340mAh untuk 45mm.
Samsung Malaysia menawarkan Galaxy Watch3 dengan harga RM1,699 untuk 41mm dan untuk 45mm dengan harga RM1,799. Untuk pra-tempahan, anda akan mendapat percuma Wireless Pad yang bernilai RM239.

ARTIKEL BERKAITAN