Close

Teknologi kamera swafoto di bawah skrin akan digunakan oleh Xiaomi seawal tahun depan

 

Xiaomi bakal memulakan tahun 2021 dengan teknologi kamera bawah paparan. Xiaomi mengumumkan yang mereka bakal menjalankan pengeluaran besar-besaran fon yang dilengakapi dengan kamera dibawah paparan. Ini merupakan teknologi ketiga yang dikembangkan oleh Xiaomi.

Versi terbaru teknologi kamera bawah paparan berfungsi dengan membenarkan kamera selfie melihat jurang sub-piksel pada paparan. Xiaomi mengatakan kawasan yang mempunyai kemera dibawahnya akan menggunakan kepadatan piksel yang sama. Dan memberikan hasil yang sama seperti kamera hadapan biasa.

Teknologi ini masih belum dikomersilkan walaupun terdapat pengeluar mengacah teknologi ini. Xiaomi dan Oppo yang memperkenalkan teknologi ini pada bulan Jun tahun lalu, pada MWC di Shangai Oppo telah menunjukkan prototaip teknologi ini. Namun Engadget memberitahu hasilnya tidak begitu memuaskan.

Xiaomi tidak akan menjadi yang pertama menggunakan teknologi ini. Kerana ZTE akan melancarkan peranti mereka dengan teknologi kamera dibawah paparan pada 1 September dengan model Axon 20. Tidak dapat dipastikan jika peranti ini akan dipasarkan diluar China atau tidal.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN