Close

TikTok akan ambil tindakan terhadap pentadbiran Donald Trump

 

Jika anda mengikuti perkembangan terkini tentang apa yang berlaku pada TikTok, pasti anda tahu bahawa TikTok sedang diancam pengharamannya di Amerika Syarikat kerana dikhuatiri mengancam keselamatan negara itu. Bagaimanapun, pemilik TikTok sendiri, ByteDance menafikan dakwaan te4sebut.

Dalam laporan terbaru, TikTok akan mengambil tindakan terhadap pentadbiran Presiden AS, Donald Trump dan dijangka akan memfailkan saman pada minggu hadapan. Difahamkan ByteDance telah menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah ini secara damai.

Dalam masa yang sama, Donald Trump memberi tempoh 6 minggu kepada pemilik TikTok, iaitu ByteDance untuk menjual perniagaannya kepada syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). Antara syarikat AS yang sedang pertimbangkan untuk membeli operasi perniagaan TikTok adalah Microsoft dan Oracle. 

ARTIKEL BERKAITAN