Close

Toshiba umum keluar dari arena perniagaan komputer riba

 

Selepas 35 tahun, Toshiba mengumumkan yang mereka telah keluar dari arena perniagaan komputer riba. Toshiba mengakhiri perjalanan mereka dengan memindahkan saki baki saham minoriti mereka kepada Sharp.

Pada dua tahun yang lalu, Toshiba telah menjual 80.1% kepentingan perniagaan mereka kepada Sharp dengan tanda harga 36 Juta dan Sharp menamakanya sebagai Dynabook. Sharp telah membeli baki saham Toshiba 19.1% pada bulan Jun lalu. Hasil dari pemindahan  itu, Toshiba mengumumkan yang Dynabook adalah anak syarikat Sharp sepenuhnya.

Toshiba menghasilkan komputer riba pertama mereka adalah pada tahun 1985 dengan model T1100. Model T1100 dijual dengan tanda harga RM8,400 ($2,000) . Toshiba pernah menjadi pengeluar dalam senarai teratas pada tahun 1990 hingga 2000. 

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN