Close

Unifi hadir dengan pelan baru – 500Mbps dan 800Mbps

 

TM memperkenalkan dua pelan baru Unifi dengan penawaran kelajuan 500Mbps dan juga 800Mbps. Untuk pengetahuan, pakej ini sebenarnya sudah pun wujud cuma ia diberikan sebagai naik taraf kepada pengguna sedia ada. Dan kali ini dibuka untuk pengguna baru.

Untuk kelajuan 500Mbps ia ditawarkan pada harga RM249/Bulan. Pakej ini datang dengan panggilan percuma 600 minit dan Mesh WiFi. Kelajuan muat naik adalah 200Mbps dan tiada had kuota yang ditetapkan.

Bagi 800Mbps pula ia ditawarkan pada harga RM349/Bulan. Percuma panggilan 600 minit dan Mesh Wifi. Dan bagi kelajuan muat naik adalah sama iaitu 200Mbps dan tiada had kuota. WiFi Mesh yang digunakan adalah TP-Link Deco M9 Plus yang bernilai RM999.

Setiap langganan akan didatangkan dengan Unifi Plus Box iaitu kotak TV Android dengan lebih 70 saluran kandungan hiburan premium.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://unifi.com.my/personal/home/fibre-broadband

ARTIKEL BERKAITAN