DOTA 2 adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena ( MOBA) yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Valve. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Valve akan mengadakan pertandingan The International yang merupakan pertandingan Esukan terbesar dunia.
Sebelum ini hadiah terkumpul bagi The Intertnational 9 (TI9) adalah sekitar $34,300,000 (RM143,116,750.00) dan pada saat artikel ini ditulis jumlah yang telah terkumpul bagi TI10 adalah $34,431,000 (RM143,666,602.05 ) dan ia masih mengira sehingga pertandingan bermula.
![]() |
Namun, pertandingan TI10 terpaksa ditunda berikutan pandemik COVID-19 dan Valve telah mengumumkan perkara ini pada bulan April yang lalu.Buat masa ini Valve belum lagi dapat menetapkan tarikh baru untuk TI10 dan akan mengumumkan sebarang kemaskini secepat mungkin jika sudah mempunyai tarikh yang sesuai.
![]() |