Close

Xiaomi Mi 10 kini dijual pada harga RM1,999 sempena ulang tahun ke-10

Xiaomi yang kini menyambut ulang tahun ke 10 mereka menawarkan penurunan harga pada model terpilih, yang menyaksikan penurunan harga sehingga RM800.

Mi 10 antara peranti yang diberikan penurunan harga sehingga RM800 menjadikan harganya baru RM1,999 untuk varian 8GB + 128GB. Penurunan harga ini berlangsung dari 17 Ogos sehingga 21 Ogos. Harga promosi ini boleh didapati di Lazada atau kedai penjual Xiaomi yang sah. 
Jika anda ingin membeli peranti baru, ini mungkin masa yang sesuai untuk membeli. Ikuti promosi ulang tahun ke 10 Xiaomi di Facebook mereka.

ARTIKEL BERKAITAN