Xiaomi menyambut
ulang tahun ke 10 mereka dengan melancarkan
dua peranti baru. Pelancaran model itu adalah sebagai
memperingati 10 tahun Xiaomi
dipasaran telefon pintar. Model yang dilancarkan adalah Xiomi
Mi 10 Ultra dan juga
Redmi K30 Ultra.
Kedua model hadir dengan penawaran speksifikasi yang
tertinggi buat masa ini. Mi 10 Ultra mempertaruhkan keupayaan
kamera
yang kini menduduki tempat teratas di
DxOmark.
Redmi K30 Ultra pula adalah peranti dengan tanda
harga yang berpatutan dengan speksifikasi unggul.
Menurut GSMArena dan Android Authority, wakil Xiaomi menyatakan yang kedua model ini belum ada perancangan untuk dipasarkan secara global. Buat masa ini, ia terhad kepada pasaran di negara tembok besar itu sahaja. Mungkin masa akan datang kita bakal melihat peranti ini dijual secara global.
(sumber)