Close

Xiaomi Mi 10 Ultra kini rasmi – Pengecasan 120W, Snapdragon 865 dan fungsi 120x zum dengan harga sekitar RM3,200

 

Xiaomi telah perkenalkan keluarga baru dalam siri Mi 10 iaitu Mi 10 Ultra dengan spesifikasi yang telah dipertingkatkan. Mi 10 Ultra dijana dengan Snapdragon 865, pilihan memori sehingga 16GB RAM LPDDR5 dan storan sehingga 512GB (UFS 3.1).

Selain itu, Mi 10 Ultra turut hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci FHD+ bersama paparan segar semula 120Hz, dengan kecerahan sehingga 800 nits dan touch sensing 240Hz. Penaiktarafan dari Mi 10 Pro yang hanya gunakan paparan 90Hz. 

Menariknya pada bahagian kamera, ia dilengkapi dengan kuad kamera 48MP kamera utama, 48MP periscope telefoto, 12MP telefoto dan 20MP ultra sudut lebar dengan fungsi rakaman video 8K 24fps. Tiada sensor kamera 108MP seperti Mi 10 Pro. Manakala bahagian hadapan dilengkapi kamera swafoto 20MP.

Jika anda rasa Lenovo Legion mempunyai pengecasan paling pantas dengan 90W, anda silap. Kerana Mi 10 Ultra menyokong pengecasan pantas 120W berwayar dengan pengecasan 50W tanpa wayar bersama bateri sebesar 4500mAh. Sekaligus menjadi pengecasan fon paling pantas yang ada di pasaran.

Mi 10 Ultra ditawarkan dengan harga :

  • 8GB + 128GB = CNY 5,299 (RM3,200)
  • 8GB + 256GB = CNY 5,599 (RM3,382)
  • 12GB + 256GB = CNY 5,999 (RM3,623)
  • 16GB + 512GB = CNY 6,999 (RM4,227)

ARTIKEL BERKAITAN