Close

Apple A14 Bionic hadir dengan 40% peningkatan prestasi dan 30% grafik

Dalam acara Apple yang berlangsung semalam, Apple telah berkongsi perincian berkenaan cip baru mereka iaitu Apple Bionic A14. Cip ini akan dimuatkan pada siri iPhone 12 yang dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan.

Ia merupakan cip yang dihasilkan secara global dengan mengunakan teknologi 5nm. Cip ini dilengkapi dengan CPU enam teras dan GPU empat teras. Apple mengatakan yang cip ini lebih berkuasa 40% dari segi prestasi dan 30% dari segi grafik berbanding Bionic A12.

Jika dibandingkan dengan cip Bionic A13 ia hanya membawa perbezaan 17% pada CPU dan 8% pada GPU. Ia bukanlah satu perubahan besar pada A14 tetapi ia masih menawarkan peningkatan prestasi pada cip baru mereka. Kemampuan sebenar Bionic A14 akan kita tahu kelak selepas iPhone 12 dilancarkan.

ARTIKEL BERKAITAN