Close

Apple tidak akan menggunakan paparan 120Hz pada siri iPhone 12

Menurut penganalisa terkenal, Ming-Chi Kuo mengatakan bahawa iPhone 12 tidak akan menggunakan paparan 120Hz walaupun Android telahpun beralih kepada paparan 90Hz pada kebanyakkan peranti mereka, lebih-lebih lagi pada fon kelas pertengahan.

Ini mungkin adalah berita yang mengecewakan, kerana peminat menjangkakan yang iPhone 12 akan menggunakan paparan 120Hz berikutan tertirisnya informasi yang iPhone 12 akan menggunakan paparan 120Hz. Namun, kesemua model iPhone 12 akan menyokong rangkaian 5G.

Hatta, siri iPhone 12 juga turut tidak diperkenalkan pada Apple Event baru-baru ini dan dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Oktober ini. Buat anda yang menantikan, Apple dijangka akan menggunakan paparan 120Hz pada tahun hadapaN.

ARTIKEL BERKAITAN