Close

Apple Watch Series 6 dan Watch SE diperkenalkan dengan fungsi pantau ‘Blood Oxygen’ dan pelbagai pilihan warna baharu

Apple baru sahaja melancarkan Apple Watch Series 6 dengan fungsi baharu yang digelar sebagai Blood Oxygen yang mampu mengesan oksigen dalam darah anda untuk menentukan tahap kesihatan jantung dan paru-paru anda semasa gunakannya.

Siri kali ini juga dijana dengan cip pemproses Apple S6 yang memberi prestasi 20% lebih baik dari S5. Terdapat juga pilihan tali baharu yang boleh diserasikan dengan pilihan warna baru untuk Watch Series 6 kali ini seperti warna biru dan merah.

Menariknya lagi, Watch Series 6 juga memberi pilihan kepada untuk pengguna memilih pelbagai Watch Face baharu yang lebih bersifat peribadi, menarik, minimal dan anda juga boleh memilih memoji untuk dijadikan sebagai Watch Face.

Dalam masa yang sama, Apple juga turut perkenalkan Apple Watch SE dengan harga yang lebih mampu milik dan cip pemproses S5. Namun tiada fungsi Blood Oxygen seperti Watch Series 6, namun pengguna masih boleh menggunakan pelbagai ciri yang sedia ada pada Apple Watch sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN