Close

Google Pixel 5 berwarna hijau pula tertiris

 

Hari pelancaran Google Pixel 4a 5G dan Pixel 5 hanya tinggal beberapa hari sahaja. Namun, gambar sebenar Google Pixel 5 dengan warna hijau telah pun tertiris. Pakar tiris popular iaitu Evan Blass telah memuat naik gambar tersebut di arena Web.

Google Pixel 5 berwarna hijau pertama kali dilihat bersama dengan produk Google lain iaitu  Chromecast, Google TV dan Nest Audio. Yang mana ia akan berkongsi pentas pada hari pelancaran Google Pixel 4a 5G dan Google Pixel 5.

Google Pixel 5 akan hadir dengan dua pilihan warna hitam dan hijau. Dengan satu variant sahaja iaitu RAM 8GB dan storan 128GB. Menggunakan paparan 90Hz OLED, bateri 4000mAh pengecasan pantas 18W dan terdapat pengecasan tanpa wayar serta reverse wireless charging. Fungsi lain seperti pembesar suara stereo dan kalis air dan debu IP68 juga dimuatkan pada Google Pixel 5.

Google Pixle 4a 5g dan Google Pixel 5G akan dilancarkan pada 30 September disamping beberapa produk Google yang lain.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN