Close

GoPro Hero 9 kini rasmi – Rakaman video 5K, paparan skrin hadapan dan HyperSmooth 3.0

GoPro baru sahaja melancarkan kamera kompak aksi terbaru mereka iaitu GoPro Hero 9 Black yang akhirnya hadir dengan paparan skrin siap pasang pada bahagian hadapan yang bersaiz 1.4-inci dan menawarkan bateri yang lebih besar iaitu 1720mAh yang memberi 30% lebih ketahanan bateri.

Menariknya lagi, Hero 9 juga berupaya merakam video 5K 30fps dengan sensor kamera 23.6-megapiksel. Berita baik juga, fungsi penstabilan imej dan video juga telah dipertingkatkan dengan HyperSmooth 3.0 yang memang sesuai buat pengguna yang lakukan aktiviti lasak.

Fungsi lain lagi yang ada pada Hero 9 Black ini seperti mod webcam, TimeWarp 3.0 dan masih boleh gunakan aksesori mod.

Terdapat juga pilihan aksesori seperti pelindung lensa kamera. Dengan penawaran ciri-ciri berikut, ia akan memberi saingan yang hebat pada pesaing mereka seperti Insta360 dan DJI Osmo Action. Malah, kotak jualan juga dilihat lebih menarik dari Hero 8.

Jika anda berminat untuk membeli Hero 9 Black, ia sudah mula dijual di Malaysia dengan harga RM2,099. Untuk membelinya, boleh tekan di pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN