Close

Huawei hanya akan menghasilkan 50 juta telefon pintar pada tahun 2021 kelak

Huawei kini merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di kedudukan teratas dari segi penghantaran. Huawei akhirnya berjaya memecahkan dominasi Samsung setelah beberapa tahun sebelum ini berada di kedudukan kedua atau ketiga.

Namun, Huawei dikatakan tidak akan dapat mengekalkan rentak mereka sebagai pendahulu. Menurut The Elec, Huawei merancang untuk meghasilkan hanya 50 juta unit pengeluaran sahaja pada tahun 2021. Ia menunjuk penurunan sekitar 74% berbanding dari apa yang dijangkakan.

Sebab utama pengurangan adalah kerana sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Huawei yang menjadikan ia hampir mustahil untuk Huawei terus membuat telefon. Dan Samsung pula dijangka bakal menghantar lebih dari 300 juta unit telefon pintar pada tahun 2021.

Selain itu, Amerika Syarikat juga bertindak mengetatkan sekatan dan menambahkan sekatan baru ke atas Huawei dan puluhan anak syarikatnya, dengan melarang mereka membeli cip dari Qualcomm atau MediaTek. TSMC, yang merupakan pengeluar kepada cip Kirin Huawei, turut b

Buat masa ini, Huawei hanya bergantung kepada SMIC untuk penghasilan cip Kirin. Walaubagaimanapun,  Amerika Syarikat juga merancang untuk melarang SMIC dari menyediakan perkhidmatanya kepada Huawei.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN