Pada
Huawei Developer Conference 2019 (HDC 2019), Huawei telah mengumumkan sistem operasi pertama mereka sendiri iaitu
Harmony OS. Harmony OS telah dipersembahkan pertama kali di Honor Vision Smart TV, dan Huawei sangat komited untuk menghasilkan OS untuk peranti mereka.
Dan pada
HDC 2020 Huawei mengumumkan yang Harmony OS akan digunakan pada peranti, dan ia dijangkakan akan mula digunakan pada
akhir tahun 2020.Harmony OS 2.0 akan membawa perubahan pada
perisian, pengurusan data, dan
keselamatan pada OS, serta pengenalan
kerangka UX yang adaptif. Huawei juga juga bakal menjadikan sistem Harmony OS sebagai
sumber terbuka. Projek sumber terbuka akan dilancarkan secara berperingkat dan
versi beta dijangka hadir pada akhir tahun 2020.
Bermula pada
10 September, HarmonyOS akan digunakan pada peranti
IoT 128KB-128MB, seperti Smart TV, wearables, kereta dan banyak lagi. Dan pada April 2021 pula, ia akan digunakan pada peranti
128MB-4GB. Dan untuk peranti 4GB ke atas ia akan mula digunakan pada
Oktober 2021.