Close

Hyundai ‘New Horizon Studio’ akan membangunkan kereta serba boleh dengan keupaayan berjalan seakan robot

Hyundai Motor Group baru-baru ini telah menubuhkan perniagaan terbaru mereka yang digelar sebagai New Horizon Studio yang memfokuskan untuk membangunkan kereta jenis Ultimate Mobility Vehicale (UMV).
Menariknya kereta yang akan dibangunkan ini berbeza dari kereta yang anda pernah pandu kerana ia berupaya untuk berjalan dan menempuh pelbagai jenis persekitaran jalan yang ada seperti kawasan bersalji, bertangga, berbatu dan pelbagai lagi.
Kereta ini dibangunkan dengan teknologi baharu pada bahagian utamanya iaitu rim yang boleh dibuka dan menjadi seakan kaki manusia untuk bergerak, ala-ala filem yang boleh berubah dari kereta menjadi robot.

Dalam acara CES 2019 juga Hyundai pernah memperlihatkan kereta tersebut dengan keupayaan berjalan dalam pelbagai jenis persekitaran jalan. Tonton video :

ARTIKEL BERKAITAN