Close

Imej rekaan rasmi Proton X50 diperlihatkan – Luar yang tampak sporty dan rupa dalam yang mewah!

Proton hari ini telah kongsikan rekaan rasmi Proton X50 yang berwarna merah dan kelabu. Ia merupakan model terbaru selepas X70 yang dijenamakan semula dari kereta keluaran Geely di China. Proton X50 juga dikategorikan sebagai SUV kompak dan adik kepada X70.

Dari segi rekaan yang telah dikongsikan, luaran X50 tampak lebih sporty, kena dengan jiwa muda, lebih rendah sedikit berbanding X70 dan terdapat bumbung cahaya matahari dengan 2 tona warna yang berbeza membuatkan X50 sangat nampak mewah.

Manakala pada bahagian dalam, terdapat kemasan hitam dan merah pada semua komponen dengan papan pemuka yang seakan X70 dengan kedudukan yang nampak premium dan serba praktikal. Serta tempat duduk yang turut hadir dengan material kulit yang mempunyai dwi tona warna.

Proton X50 juga dilaporkan akan dilengkapi ciri keselamatan ADAS 2.0 seperti sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat juga ciri Bantuan Parkir Automatik (APA) dan akan menjadikan kereta Proton pertama dengan ciri seumpama itu.

Menurut ura-ura sebelum ini, X50 akan hadir dengan enjin 1.5L Turbo, 3 cylinder dan 7-Speed Dual-Clutch yang akan memberi pengalaman pemanduan yang memuaskan. Setakat ini harga jualan rasmi masih belum diketahui. Dijangka sekitar RM75K – RM95K mengikut varian yang akan diperkenalkan nanti. 

ARTIKEL BERKAITAN