Telah tertiris satu imej yang menunjukkan fon dengan slide gamepad yang muncul di arena web. Ia sama seperti fon yang pernah dikeluarkan oleh Sony Ericsson pada tahun 2011 iaitu model Xperia Play.
Model Xperia Play adalah fon yang berasakan kepada permainan yang direka dengan slide gamepad , butang trigger, dan butang akses kepada PlayStation. Namun, ianya adalah satu-satunya peranti permainan yang dihasilkan oleh Sony dan Ericsson.
Jika diteliti imej tersebut terdapat butang trigger L dan R, satu kamera belakang, slide gamepad, touchpad dan butang "3D". Ia mungkin adalah Xperia Play 2 yang tidak dilancarkan pada tahun 2012. Ia belum terlambat jika Sony ingin mengeluarkan Xperia Play 2 pada 2020 untuk menyertai trend gaming phone.