Close

Ini adalah spesifikasi Xiaomi Mi 10T dan Mi 10T Pro – Skrin IPS LCD dengan paparan 144Hz

Umum sedia maklum bahawa Xiaomi akan melancarkan siri Mi 10T pada 30 September ini secara global dan 6 Oktober di Malaysia yang akan memperkenalkan Mi 10T dan Mi 10T Pro, penyambung legasi siri Mi 9T yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Dari maklumat yang telah tertiris, spesifikasi yang ditawarkan pada Mi 10T dan Mi 10T Pro dilihat sedikit mengecewakan kerana terdapat beberapa perkara penting yang diturunkan dan ada juga yang ditambahbaik. Misalnya panel skrin Mi 9T menggunakan AMOLED, namun Mi 10T hanya guna IPS LCD. Namun Xiaomi memberi penambahan paparan segar semula 144Hz.


Antara perkara yang menarik dari spesfikasi berikut, ia menawarkan bateri sebesar 5000mAh, RAM jenis LPDDR5, masih kekalkan fungsi ikonik Xiaomi iaitu IR Blaser, storan UFS 3.1 dan menggunakan sensor kamera 108MP pada Mi 10T Pro.

Malangnya untuk siri kali ini tiada bicu audio 3.5mm, pilihan 8GB RAM sahaja, pengimbas cap jari di butang kuasa, dan hanya gunakan Snapdragon 865 sedangkan suku tahun ke-3 pengeluar peranti menawarkan Snapdragon 865+.

Namun, dengan penawaran ini ia mungkin boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan spesfikasi yang berbaloi. Apa pun sama-sama kita nantikan apabila ia rasmi di Malaysia nanti.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN