Close

Instagram mungkin akan mengenakan caj untuk sertakan pautan di bahagian kapsyen

 

Instagram adalah salah satu platform media sosial yang cukup terkenal di serata dunia yang lebih memfokuskan pada perkongsian gambar dan video. Jika anda pengguna tegar Instagram, mungkin anda tahu bahawa pautan tidak akan berfungsi sekiranya diletakkan pada bahagian kapsyen.

Anda perlu letakkan pautan di bahagian bio untuk ia boleh ditekan dan terus ke laman sesawang pautan berikut. Terkini, Instagram dilaporkan mungkin akan mengenakan caj untuk anda sertakan pautan yang boleh berfungsi di bahagian kapsyen.

Seperti yang anda lihat pada paten gambar, Instagram meminta bayaran sebanyak $2.00 (RM8.29) untuk anda mengaktifkan pautan di bahagian kapsyen. Dengan fungsi ini sekaligus ia memudahkan jenama atau penjual yang aktif menjual di Instagram untuk membuat jualan terus ke pautan laman sesawang mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN