Close

iPad Air kini dinaiktaraf dengan skrin baharu, A14 Bionic, pengimbas cap jari di butang kuasa dan sokongan Apple Pencil

Selain Apple Watch Series 6, Apple juga turut perkenalkan iPad Air dengan rekaan yang dilihat sama seperti iPad Pro, paparan skrin bersaiz 10.9-inci Liquid Retina dengan bingkai yang lebih nipis dari sebelum ini dan mempunyai fungsi pengimbas cap jari pada bahagian butang kuasa untuk aktifkan skrin.

iPad Air dijana dengan cip pemproses A14 Bionic yang memberi prestasi 10x lebih pantas dan lebih berkuasa dari segi permainan mudah alih, tujuan kerja, penggunaan kreatif dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat juga beberapa pilihan warna baru untuk iPad Air kali ini.

Menariknya lagi, ia juga turut hadir dengan port jenis USB-C, satu kamera 12MP dengan kualiti seperti iPad Pro dan sokongan Apple Pencil yang boleh dimagnet pada bahagian tepi. Berikut adalah harga rasmi di Malaysia :

  • 64GB WiFi : RM2,599
  • 64GB WiFi + Cellular : RM3,149
  • 256GB WiFi : RM3,249
  • 256GB WiFi + Cellular : RM3,599

ARTIKEL BERKAITAN