Close

iPhone 12 akan hadir dengan versi mini bersaiz 5.4 inci OLED

 

Seperti kita tahu iPhone 12 akan hadir dengan empat pilihan iaitu  iPhone 12, iPhone 12 Max, iPhone 12 Pro, dan juga  iPhone 12 Pro Max. Dan mengikut info terbaru akan hadir model iPhone 12 mini pada barisan iPhone 12.

Melalui Akaun Twitter L0vetodream mengatakan iPhone 12 yang paling kecil akan menggunakan kod nama mini. Akan menggunakan saiz skrin 5.4 inci OLED. iPhone Pro Max akan menggunakan saiz skrin 6.7 inci, manakala iPhone 12 dan iPhone 12 Pro akan menggunakan saiz skrin 6.1inci.

Jika Apple menggunakan “mini” pada iPhone, ia merupakan fon pertama hadir dengan nama sebegitu. Apple sebelum ini telah pun menggunakan mini pada beberapa peranti mereka seperit iPad dan Mac dan Apple juga pernah melancarkan iPod mini sebelum ini. Jadi tak hairan lah jika mini digunakan pada iPhone yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN