Close

iPhone 12 Pro akan hadir dengan warna baru

 

Model iPhone XR,11 dan juga iPhone SE 2020 adalah antara model terkini yang mempunyai pilihan warna merah atau dikenali sebagai “Product Red”. Tetapi, tahukah anda Apple tidak pernah menghasilkan warna merah untuk model yang lebih premium seperti  siri X, 11 Pro dan 11 Pro Max.

Menurut penganalisa, siri iPhone 12 Pro akan hadir dengan pilihan warna merah dan biru. Sebelum ini telah bocor iPhone 12 Pro dengan warna Navy Blue. Dan untuk warna merah ia dikatakan berbeza dari warna merah Product Red. Penganalisis mengatakan warna merah pada Apple Watch siri 6 adalah warna sama akan digunakan pada iPhone 12 Pro.

Seperti kita tahu iPhone 12 akan hadir dengan empat pilihan iaitu  iPhone 12, iPhone 12 Max, iPhone 12 Pro, dan juga  iPhone 12 Pro Max. Seperti kebiasaan Apple akan menukar rekaan iPhone mereka selepas dua generasi.

ARTIKEL BERKAITAN