Close

iPhone 12 tiada dalam senarai pada acara 15 September

apple event 15 sept
Apple baru-baru ini telahpun mengesahkan 15 September merupakan hari pelancaran produk terbaru mereka. Walaubagaimanapun, Apple tidak mendedahkan produk yang bakal dilancarkan pada hari tersebut.

iPhone 12

Sebelum ini terdapat sumber menyenaraikan produk yang akan dilancarkan oleh Apple, namun pakar tiris iaitu Jon Prosser menyatakan tidak kesemua produk Apple yang disenaraikan akan dilancarkan.

Menurut Jon Prosser, terdapat empat produk yang akan dilancarkan iaitu Apple Watch Siri 6, jam pintar bajet yang mungkin digelar sebagai Watch SE, iPad Air 4 dan juga iPad 8. Tiada kelibat AirPods Studio tanpa wayar dan juga iPhone 12 dalam acara yang akan berlangsung pada 15 September ini.

Menurut beberapa sumber lain, iPhone 12 akan dilancarkan pada awal bulan Oktober dan pra-tempahan akan bermula pada 15 – 16 Oktober dan penjualan akan bermula selepas seminggu. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN