Close

Jatuh patah tulang belakang ketika aktiviti ‘rope swing’ di Kuala Kubu Bharu

 

Aktiviti lasak memang sinonim sejak dahulu lagi di Malaysia dan kian menjadi ikutan di kalangan anak muda untuk merasai sendiri adrenalin dan kepuasan ketika melakukannya. Namun, malang tidak berbau pada Siti Halijah Abd Rahim kerana ada kesilapan teknikal berlaku selepas beliau lakukan terjunan.

Menurut laporan, Siti Halijah sudahpun selesai lakukan terjunan dan tergantung pada kabel keselamatan dengan jarak sekitar 10 meter ke permukaan bawah, lalu terjatuh menyebabkan beliau terhempas ke batu dan jatuh ke dalam sungai.

Dalam masa yang sama, adik kepada Siti Halijah, Yakub sempat bersembang dengan Siti Halijah sebelum kejadian mengerikan itu berlaku. Sekilas saja dan tiba-tiba dengar bunyi jatuh dalam sekelip mata. Lalu diselamatkan oleh petugas water rafting yang ada berdekatan.

Tambah Yakub lagi, Siti Halijah tidak sedarkan diri. Setelah cuba disedarkan baru sedar dan tak ingat apa-apa. Malah, kakinya juga tak rasa dan dipercayai patah tulang belakang akibat insiden tersebut. Siti Halijah kini di Hospital Selayang dan jalani pembedahan patah tulang belakang.

Insiden yang berlaku juga dianggap sebagai ketentuan Allah dan tidak menuding jari kepada pihak yang mengatur aktiviti tersebut. Pihak mereka pun tidak lepas tangan dan masih berhubung dengannya sehingga sekarang. Tambah Yakub lagi, beliau mengharapkan agar pihak mereka tingkatkan SOP seperti letak jaring fleksibel dan sebagainya.

Bagi anda yang mahu memberi sumbangan, boleh terus hubungi Yakub di talian 012 283 6884.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN