

Imej itu telah ditiriskan oleh Mr-white melalui akaun Twitternya. Dalam imej itu menunjukkan kabel berwarna putih jenis braided dengan penyambung USB-C di bahagian hujungnya.
Apple buat masa ini telah pun menggunakan kabel jenis braided (warna hitam) pada Mac Pro, walaupun kabel ini mempunyai rekaan yang sama tetapi ia agak berbeza. Kabel yang digunakan pada Mac Pro mempunyai lapisan pelindung tambahan dan tiada pada kabel iPhone 12.

Kabel Lightning Apple sebelum ini sering mendapat kritikan kerana mudah rosak. Kabel baru ini menggunakan bahan binaan dari nilon yang mana ia lebih lasak dan tahan dari pulling, bending, dan twisting. Dengan menggunakan bahan binaan ini ia akan nampak lebih berkualiti dan premium.
(sumber)