Close

Kastam Amerika Syarikat rampas AirPods tiruan yang sebenarnya adalah OnePlus Buds

Kastam Amerika Syarikat dikatakan meraih kemenangan besar apabila berjaya merampas 2,000 unit AirPods tiruan bulan lalu. Tajuk berita yang disiarkan pada 31 Ogos lalu berbunyi “agensi itu merampas 2,000 ‘Apple AirPods Earbuds’ tiruan di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK New York” yang dalam perjalanan ke Nevada.

Siaran akhbar tersebut menyatakan nilai rampasan AirPods tiruan sekitar RM1,651,103.00 ($ 398,000). Namun nilai sebenar rampasan adalah sekitar RM655,463.00 ($ 158,000) yang mana OnePlus Buds dijual pada harga RM327.73 ($79) seunit.

Menurut CBP (Customs and Border Protection) , pakej itu telah dihantar dari Hong Kong ke Nevada dan telah disita di New York.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN