Close

MINI Electric First Edition ditawarkan dengan harga RM238,380 – Terhad 15 unit sahaja di Malaysia

MINI Electrik First Edition telah diperkenalkan di Malaysia oleh BMW Group dengan keluaran yang istimewa kerana hanya terhad kepada 15 unit sahaja. Antara yang menarik dengan kereta ini, ia dilengkapi dengan :

  • Bumbung panoramik
  • Cermin anti silau
  • Rim 17-inci yang unik
  • Kemasan First Edition
  • 12 pembesar suara Harman Kardon
  • Lampu suasana LED 12 warna
  • Sokongan Apple Car Play
  • MINI Visual Boost 8.8-inci
  • MINI Driving Assist
  • Parking Assist
  • Dan pelbagai lagi
Untuk bahagian prestasi, kereta ini menggunakan tenaga 184 hp (135 kW) dengan 7,000 rpm dan tork 270 Nm yang mampu memecut dari 0 ke 60 km/j dalam masa 3.9 saat sahaja dan 0 ke 100 km/j dalam masa 7.3 saat dengan kelajuan yang telah dihadkan secara elektronik ke 150 km/j.
Turut dibekalkan dengan bateri jenis lithium ion 32.6 kWh yang boleh dipandu dengan jarak 234 km mengikut kitaran WLTP bersama pengecasan 11 kW dengan kabel 3-pin Type 2 yang boleh digunakan di kebanyakan rumah biasa dan satu lagi pengecas MINI Wallbox Plus 22 kW bersama kabel Type 2 untuk pengecas tambahan.
Kereta ini ditawarkan dengan harga RM238,380 untuk pasaran di Malaysia, lebih mahal RM20,000 dari model Cooper SE yang biasa. Terdapat 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih. 

ARTIKEL BERKAITAN