Close

Motorola RAZR 2 diumumkan dengan sokongan 5G dan kamera yang lebih baik – Harga sekitar RM5,827

Motorola melancarkan fon ikonik generasi kedua mereka. Model yang menggunakan lipatan jenis“calmshell” ini adalah salah satu fon paling berjaya dan paling ikonik yang pernah dihasilkan oleh Motorola.

Sebelum in, Motorola telah pun melancarkan Motorola Razr generasi pertama. Namun, terdapat kelemahan yang ketara pada model tersebut seperti engsel yang berbunyi, kamera yang teruk dan pretasi bateri yang lemah.

Motorola mendakwa Motorola Razr generasi kedua ini membawakan kamera yang lebih baik dan menyokong rangkaian 5G serta perisian yang ditambah baik. Secara keseluruhan tiada perubahan ketara yang dapat dilihat pada generasi kedua Razr. Namun, masih terdapat perubahan yang mana Motorola meletakkan pengesan cap jari dengan logo Motorol dibelakang.



Motorola Razr hadir dengan skrin bersaiz 6.2 inci pOLED dan apabila dilipat menjadi “Quick View” bersaiz 2.7 inci yang boleh digunakan sebagai fungsi asas dan akses kepada notifikasi.

Untuk dalaman, Motorola Razr menggunakan cip pemproses Snapdragon 765G yang menyokong rangkaian 5G digabungkan dengan kapasiti RAM 8GB yang telah dinaiktaraf dari 6GB pada generasi pertama. Storan dalaman yang juga dinaiktaraf menjadi dua kali ganda dari 128GB  kepada 256GB.

Razr 5G Polished Graphite

Bahagian kamera Motorola Razr juga menerima penambahbaikan dengan kamera utama 48MP Quad Pixel f/1.7, 1.6μm dan kamera hadapan 20MP Quad Pixel, f/2.2, 1.6μm. Kapasiti bateri pula adalah 2800mAh dengan pengecasan pantas 15W.

Motorla Razr generasi kedua dijual pada tanda harga $1,399 (RM5,827) kurang $100 dari model pertama yang dijual pada tanda harga $1,499 (RM6,244). Ia akan mula dijual pada musim gugur ini 22 September.

ARTIKEL BERKAITAN