Mungkin tiada rangkaian 5G pada model iPhone 12 Mini - FUZZ.MY

Sunday, September 27, 2020

Mungkin tiada rangkaian 5G pada model iPhone 12 Mini


Pada tahun ini, kebanyakkan peranti sudah pun menggunakan rangkaian 5G sebagai salah satu fungsi wajib ada pada tahun 2020. Namun begitu, menurut penganalisis Wall Street  iPhone 12 Mini kemungkinan tidak disertakan dengan rangakain 5G.


Penganalisis Wall Street mengatakan yang iPhone 12 mini mungkin akan menjadi model 4G. Secara asasnya ia mungkin betul, kerana iPhone 12 mini akan dijual lebih rendah berbanding iPhone 11 ($699). Harga jualan dikatakan sekitar RM2,707 ($649) bagi model iPhone 12 mini.


Beberapa penganalisis lain juga berpendapat begitu kerana Apple bukanlah pengeluar yang bermurah hati dalam penghasilan produk mereka. Seperti kebiasaan juga Apple akan melakukan penyelaras harga mengikut model sebelumnya.

Apple mungkin akan mengumumkan barisan iPhone 12 pada 12 Oktober dan bagi model Pro ia akan mula dijual pada bulan November.

(sumber)