Close

OnePlus 8T bakal hadir dengan paparan 120Hz dan Snapdragon 865+

OnePlus seperti kebiasaan akan menampilkan dua peranti kelas premium mereka setiap tahun. OnePlus baru-baru ini melancarkan peranti kelas pertengahan mereka iaitu OnePlus Nord dan kini giliran OnePlus versi ” T” pula akan dilancarkan.

Menurut beberapa info yang boleh dipercayai, OnePlus 8T sudah disahkan akan dilancarkan tidak lama lagi. OnePlus 8T akan menggunakan kod nama “Kebab“. Saiz skrin 6.55 inci AMOLED sama seperti OnePlus 8 tetapi menggunakan paparan 120Hz seperti OnePlus 8 Pro. 

 OnePlus 8T akan menggunakan cip pemproses 865+ yang menawarkan peningkatan pada CPU dan juga GPU berbanding 865. Untuk konfigurasi RAM dan storan ia dijangka akan hadir dengan spesifikasi tertinggi 12GB RAM dan 256GB storan.

Pada kamera terdapat sedikit perubahan dan menggunakan tetapan empat kamera. Dengan kamera utama 48MP, 16MP kamera sudut lebar, 5MP kamera makro dan juga 2MP kamera potrait. OnePlus 8T mungkin akan menggunakan imej sensor yang baru atau sensor yang sama pada OnePlus 8 Pro iaitu  IMX689 namun ia tidak dapat dipastikan lagi.

OnePlus 8T sah akan menggunakan Android 11 iaitu Oxygen OS 11 keluar dari kotak. Seperti sebelum ini OnePlus 7T adalah fon pertama OnePlus yang menggunakan Oxygen OS 10 sewaktu ia dilancarkan.

OnePlus merancang untuk melancarkan OnePlus 8T pada hujung September atau awal Oktober. Seperti sebelum ini OnePlus 7T dilancarkan pada 29 September. Walaupun OnePlus 8T tidak hadir dengan penaiktarafan yang banyak namun mampu menjadi peranti terbaik pada suku kedua 2020.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN