OnePlus 8T bakal dilancarkan tidak lama lagi. OnePlus seperti kebiasaan akan melancarkan dua peranti kelas premium setahun. Namun pada tahun ini, terdapat sedikit perubahan dengan ketiadaan model
OnePlus 8T Pro.
Dari imej yang tertiris memperilhatkan
OnePlus 8T bakal menggunakan
kamera modul yang baru berbentuk "C" berbeza dari peranti OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Menggunakan empat tetapan kamera dengan
48MP kamera utama
,16MP sudut lebar,
5MP makro dan
2MP potrait. Untuk kamera hadapan ia bakal menggunakan sensor
32MP.Untuk speksifikasi dalaman, OnePlus 8T dikatakan akan menggunakan cip pemproses
865 dan bukan 865+. Menyokong paparan
120Hz dan menggunakan skrin jenis rata bersaiz 6.55 inci
FHD+. Bagi memori ia bakal hadir dengan dua pilihan
8GB/128GB dan juga
12GB/256GB. Dan buat pertama kalinya OnePlus akan menggunakan pengecasan pantas
65W pada OnePlus 8T dengan kapasiti bateri
4500mAh.(sumber)