Buat masa ini, OnePlus telah pun melancarkan tiga model iaitu OnePlus 8, 8 Pro dan juga OnePlus Nord. Tidak ketinggalan juga TWS pertama dari OnePlus iaitu OnePlus Buds dan dijangka OnePlus akan melancarkan dua lagi model dalam tahun ini.
Dari render awal yang tertiris, OnePlus 8T akan menggunakan skrin rata dengan kamera hadapan jenis punch hole seperti pada model OnePlus 8 namun pada OnePlus Nord ia menggunakan dua kamera hadapan dengan jenis yang sama. Selain itu, dibahagian atas terdapat speaker, sebelah kanan butang kuasa dan alert slider dan butang suara disebelah kiri.
![]() |
Selain itu, Kod tetapan aplikasi yang bocor iaitu "oneplus_8t.webp" menguatkan lagi khabar angin. Seperti kebiasaan versi "T" OnePlus akan dilancarkan pada bulan Oktober atau November.
(sumber)