Close

OnePlus 8T menggunakan pengecasan pantas 65W dan tiada fungsi pengecasan tanpa wayar

OnePlus mengumumkan yang OnePlus 8T akan menggunakan pengecasan pantas baru iaitu Warp Charge 65. Pengecasan baru ini ini hanya memerlukan 15 minit untuk mendapatkan 58% bateri dan untuk pengecasan penuh (100%) ia mengambil masa 35 minit sahaja. 

Pihak OnePlus juga telah memuatnaik video teaser berkenaan pengecasan pantas baru mereka di Youtube. Tetapi, OnePlus 8T tidak akan menyokong pengecasan tanpa wayar seperti OnePlus 8 Pro. Perkara ini diberitahu oleh Pete Lau sendiri pada satu wawancara di PCMag.

OnePlus 8T menggunakan rekaan bateri dua sel dengan kapasiti bateri 4,500mAh, dan kedua-dua sel tersebut akan dicas pada masa yang sama. OnePlus juga menambah ciri-ciri keselamatan pada Warp Charge 65 seperti cip enkripsi pada pengecas dan kabel serta 12 sensor suhu pada OnePlus 8T.

Warp Charge 65 akan menggunakan penyambung C to C dan yang menariknya ia juga menyokong Dash Charge dan Warp Charge 30. Jadi ia boleh digunakan pada mana-mana model OnePlus yang lama.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN